STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH, MAKMAL, STUDIO DLL)

1.0 ABSTRAK 
ABSTRAK

KAJIAN STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (MAKMAL, BILIK DARAH, STUDIO DAN LAIN-LAIN DI SMK X, RAWANG

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi menguruskan bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik dan soalan temuramah sebagai satu instrumen kajian yang berdasarkan objektif kajian yang meliputi strategi mengurus bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan sebagainya. Kajian dijalankan terhadap 30 orang pelajar, 5 orang guru di SMK X, Rawang (menemu bual 2 orang guru pentadbir dan 3 orang guru RBT, makmal dan bengkel melalui soal selidik). Kajian ini dijalankan berdasarkan 3 objektif kajian yang terpilih. Objektif pertama adalah mengkaji hubungan antara aspek fizikal di dalam bilik pembelajaran dengan keselesaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC). Analisis dapatan kajian  di SMK X, Rawang menunjukkan bahawa ruang  pembelajaran,  perabot,  pengaliran  udara dan pencahayaan dalam bilik darjah mempunyai tahap  kesesuaian yang sederhana. Objektif yang kedua adalah mengenalpasti interaksi yang digunapakai dalam proses pembelajaran di bilik pembelajaran. Di SMK X, Rawang interaksi yang sering digunapakai ialah interaksi sehala dan dua hala antara guru dan pelajar sahaja. Manakala interaksi pelbagai hala antara guru dan pelajar, antara pelajar dengan pelajar serta interaksi dua hala antara pelajar-pelajar. Analisis ini dapat dilihat melalui pengumpulan data primer iaitu soal selidik dan temu bual. Objektif yang terakhir ialah mengetahui tentang kaedah mengurus pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik pembelajaran yang positif. Analisis dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak menyukai kedudukan mereka di dalam bilik pembelajaran. Antara faktornya dari segi kedudukan/penyusunan meja kerusi dan jumlah pelajar yang ramai di dalam satu-satu kelas.


2.0 PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan X bertempat di Rawang, Selangor Darul Ehsan.  Sekolah Menengah Kebangsaan X mula ditubuhkan pada Oktober 2001. Namun demikian, sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2002. Bilangan warga pendidik pada tahun 2002 ialah seramai 20 orang dan dibantu oleh 4 orang kakitangan. Bilangan pelajar pula hanya seramai 250 orang. Pelajar pelajar terdiri daripada pelajar peralihan dan tingkatan 1 sahaja.
            Pada tahun 2003, bilangan pelajar bertambah kepada 600 orang. Pelajar-pelajar terdiri daripada daripada kelas Peralihan, Tingkatan 1,2, dan 4. Menjelang tahun 2004, bilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan X mencecah ke angka 1219 orang. Pertambahan ini merangkumi pelajar-pelajar daripada peralihan hingga 75. Manakala bilangan guru pula seramai 65 orang dan 8 orang kakitangan. Pada hari ini bilangan pelajar SMK X, berjumlah 1762 orang dengan tenaga pengajar seramai 106 orang, 12 orang kakitangan sekolah dan kelas pula sebanyak 46 buah. Sesi persekolahan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada tahun 2009, SMK X diberi tanggungjawab untuk menerima pelajar-pelajar STPM seramai 58 orang. Pelajar yang merupakan pelajar pertama tingkatan 6 rendah memulakan sesi pengajian pada Jun 2009.
            Dari segi infrastruktur pula, beberapa kemudahan telah ditambah khusus untuk pelajar beriadah dan menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum antaranya Balai Ilmu, gelanggang bola keranjang, pondok-pondok bacaan serta tempat letak basikal. Segala kemudahan tambahan merupakan hasil inisiatif pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).
            Bilik pembelajaran merupakan di mana tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara rasmi. Bilik pembelajaran bukan dikhususkan hanya bilik darjah sahaja. Malah makmal dan bengkel juga merupakan bilik pembelajaran yang rasmi. Pengurusan bilik pembelajaran memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

3.0   TINJAUAN BACAAN (TEORI)


Menurut Mintzberg, strategi adalah corak atau rancangan yang mengintegrasikan tujuan utama organisasi, dasar, dan urutan kegiatan menjadi satu unit.

            Menurut Argyris pula dalam Rangkuty strategi adalah tindak balas yang berterusan dan adaptif terhadap peluang dan ancaman luaran serta kekuatan dalaman dan kelemahan yang dapat mempengaruhi organisasi.

            Menurut A.Halim, Strategi adalah cara di mana sebuah institusi atau organisasi akan mencapai objektifnya mengikut peluang dan ancaman yang dihadapi oleh persekitaran luar serta keupayaan dan sumber dalaman.

            Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan Yang berkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011)

            Manakala dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik pembelajaran yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih berprosedur sempurna untuk mencapai objektif yang lebih berkesan. Pengurusan bilik pembelajaran ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PDpc).

            Definisi bilik pembelajaran pula ialah satu tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dimana melibatkan interaksi antara guru dan murid. Ianya merupakan satu tempat yang terpenting yang perlu terdapat di sekolah. (Richards, 1990)  

            Pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) di dalam bilik pembelajaran yang merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyediaan buku log, penyusunan susun atur meja dan kerusi serta masa yang diperuntukan bagi satu subjek pembelajaran.


4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dibentuk adalah bertujuan untuk  mencari dapatan hasil kajian yang diperoleh melalui 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar, 5 orang responden yang terdiri daripada guru bengkel, makmal dan guru kelas dan 2 orang responden yang terdiri daripada guru pentadbir untuk tujuan temu bual yang dipilih khusus untuk kajian ini secara langsung. Kajian ini mengandungi 3 objektif bagi memperoleh dapatan yang dikehendaki. Ketiga-tiga objektif ini perlu dicapai oleh pengkaji.



  • Mengkaji hubungan antara aspek-aspek fizikal bilik pembelajaran dengan keselesaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
  • Mengenalpasti interaksi yang digunapakai dalam proses pembelajaran di bilik pembelajaran.
  • Mengetahui tentang kaedah mengurus pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik pembelajaran yang positif.


5.0 METODOLOGI KAJIAN 

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang
dijalankan lebih bersistematik dalam mencapai objektif. Pengkaji telah merancang dengan teratur metodologi kajian dan strategi-strategi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu.

      i.           Persampelan

Berdasarkan kajian ini, pengkaji menggunakan persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang ditetapkan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar, 5 orang responden yang terdiri daripada guru bengkel, makmal dan guru kelas dan 3 orang responden yang terdiri daripada guru pentadbir di SMK X untuk tujuan temu bual  yang dipilih khusus untuk kajian ini secara langsung.


      ii.           Pengumpulan Data

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah mengunakan soal selidik dan temu bual. Borang soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat tentang strategi mengurus bilik pembelajaran (bilik darjah, makmal, bengkel, studio dll) di SMK X.

         
          - Data Primer
Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan para guru dan para pelajar di SMK X.

               o   Borang soal selidik
               o   Temu bual

                 - Data Sekunder
Data-data penting termasuklah buku-buku, keratan akhbar dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Google.

      iii.          Teknik Penganalisis Data

            Teknik penganalisan data dibahagi kepada teknik penganalisan data secara kuantitatif dan teknik penganalisan data secara kualitatif. 

              - Data Penganalisan Kuantitatif 



              - Data Penganalisan Kualitatif


5.0 DAPATAN KAJIAN

1) Mengkaji hubungan antara aspek-aspek fizikal bilik pembelajaran dengan keselesaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).


Persekitaran fizikal bilik pembelajaran merupakan elemen penting dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan. Persekitaran yang kondusif dapat membantu mewujudkan keselesaan pengajaran dan pembelajaran di samping mengekalkan tumpuan dan minat belajar dalam bilik pembelajaran. Oleh itu satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara aspek-aspek fizikal bilik pembelajaran dengan keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati pelajar nampaknya masih tidak berpuas hati dengan persekitaran pembelajaran sedia ada (Che Nidzam et al., 2010; Marzita et al., 2012; Mohd Hairy et al., 2012). Kajian menunjukkan aspek fizikal dalam persekitaran pembelajaran di sekolah nampaknya masih dalam tahap sederhana dan kurang memenuhi keperluan guru dan pelajar (Che Nidzam et al., 2010, 2009; Kamisah et al., 2011).     Walaupun terdapat bukti yang menunjukkan persekitaran fizikal sememangnya mempengaruhi pembelajaran, didapati tidak terdapat banyak kajian yang dijalankan terhadap perhubungan reka bentuk fizikal dengan amalan dalam pendidikan sains (Veal & Jackson, 2005; Ahmad Fauzi, 2005; Lilia, 2009). Banyak kajian yang dijalankan hanya memfokuskan kepada aspek-aspek psikososial bilik darjah. Di SMK X, pengkaji telah mengkaji tentang hubungan antara aspek-aspek fizikal bilik pembelajaran dengan keselesaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pengkaji mendapati bahawa sekolah tersebut mempunyai persekitaran bilik pembelajaran yang baik, tidak kira bilik darjah, bengkel atau makmal. Pengkaji juga telah mengkaji tentang pencahayaan yang sesuai, suasana, keselamatan, kebersihan dan keceriaan bilik pembelajaran. Namun, apa yang dapat pengkaji perhatikan SMK X tidak menyusun atur meja di dalam bilik darjah mengikut PAK-21. jika diperhatikan gambar di bawah, susunan meja dan kerusi dalam keadaan "pairing" dan ini mengehadkan pelaksanaan aktiviti PAK-21 yang banyak melibatkan aktiviti secara berkumpulan.







2) Mengenalpasti interaksi yang digunapakai dalam proses pembelajaran di  bilik pembelajaran.


Interaksi ialah proses saling memberi respon antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau interaksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. 




Di SMK X, keempat-empat jenis interaksi digunakan di dalam bilik pembelajaran. Bukan sahaja di bilik darjah malah makmal dan bengkel turut menggunakan keempat-empat interkasi tersebut. Bagi guru di sekolah tersebut, keempat-empat interaksi ini amat penting di dalam pendidikan pada masa ini yang berkiblatkan PAK-21.



3) Mengetahui tentang kaedah mengurus pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik  pembelajaran yang positif.



Iklim dan persekitaran bilik pembelajaran ini berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik pembelajaran. Persekitaran bilik pembelajaran yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja.  Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik pembelajaran yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya.  Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan-pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid.  Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik pembelajaran tersebut. Tumpuan dan fokus pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung dalam bilik pembelajaran merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian. Tumpuan pelajar terhadap pembelajaran akan lebih baik sekiranya persekitaran pembelajaran berada dalam keadaan yang baik dan selesa. Hal ini kerana kajian terdahulu mendapati aspek persekitaran fizikal boleh mempengaruhi tahap psikologi dan tingkah laku sosial (Moos, 1979) dan seterusnya memberi kesan yang besar kepada pembelajaran pelajar (Chism, 2006; Strange & Banning 2001). 

Dari aspek pengurusan iklim fizikal di SMK X, guru sentiasa memastikan bilik pembelajaran itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. 


Dari aspek pengurusan iklim sosial pula, guru-guru di SMK X sentiasa merancang pergerakan pelajar, tingkah laku pelajar di dalam kelas semasa guru sedang mengajar, mewujudkan kumpulan, perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran. 


Dari aspek pengurusan iklim emosi pula, guru-guru di SMK X harus memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengurangkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar kepada kita. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar. 


Penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik pembelajaran. Walaupun tempat duduk di dalam bilik pembelajaran tidak dapat diganti atau diubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru. Misalnya di SMK X penyusunan meja dan kerusi di bengkel dan makmal tidak dapat diubah kerana penyusunannya telah tetap. Oleh itu pelajar perlu bergerak dari meja ke meja untuk perbincangan berkumpulan dan ini agak tidak praktikal.




6.0 PERBINCANGAN



1) Mengkaji hubungan antara aspek-aspek fizikal bilik pembelajaran dengan keselesaan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).


i. Pelajar 



-  Adakah kedudukan pelajar di dalam kelas mempengaruhi fokus dan perhatian pelajar?
- Adakah susunan atur meja yang tidak strategik menyukarkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas?
-  Adakah keadaan kebersihan kelas memberi kesan dalam proses PdPc?
- Adakah Keadaan meja dan kerusi yang rosak dan membahayakan dan menyukarkan pelajar mengikuti aktiviti kelas?
Adakah menghias bilik darjah dengan cantik dan kreatif meningkatkan lagi semangat pelajar untuk belajar?
- Adakah sudut pembelajaran di dalam kelas sangat penting sebagai rujukan dalam aktiviti kelas?
- Adakah pelajar boleh fokus dengan baik semasa aktiviti amali di dalam makmal kerana semua alatan makmal berfungsi dengan baik?
- Adakah susun atur meja dan kerusi yang baik di dalam makmal sangat memudahkan aktiviti pembelajaran dan amali berlangsung?
-  Adakah kelengkapan asas seperti kipas dan lampu di dalam makmal berfungsi dengan baik akan memberi keselesaan dan sekaligus pelajar dapat memberi tumpuan yang lebih di dalam kelas?
- Adakah bilangan alatan makmal yang mencukupi membolehkan pelajar melakukan aktiviti amali dengan cepat dan selesa?


ii. Guru


- Adakah persekitaran pembelajaran merupakan satu elemen yang penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan hasil pembelajaran?

- Adakah persekitaran pembelajaran adalah tempat pembelajaran berlaku sama ada dalam konteks sosial, psikologikal, dan pedagogikal yang boleh mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar?
- Adakah persekitaran pembelajaran boleh mepengaruhi tingkah laku dan interaksi sosial antara pelajar?
- Adakah persekitaran fizikal yang berkualiti akan dapat membantu mewujudkan keselesaan pengajaran dan pembelajaran?
- Adakah faktor seperti gaya pembelajaran dan reka bentuk bilik pembelajaran perlu diberi perhatian kerana dapat mempengaruhi keselesaan pengajaran dan pembelajaran?
- Adakah kemudahan fizikal yang bersesuaian dan selesa akan merangsang aktiviti intelektual, meningkatkan hubungan sosial dan menghadkan tingkah laku negatif pelajar?
Adakah aspek fizikal dalam ruangan pembelajaran perlu dirancang dengan baik kerana ia mencerminkan idea, nilai, tingkah laku dan budaya seseorang pelajar?



2) Mengenalpasti interaksi yang digunapakai dalam proses pembelajaran di  bilik pembelajaran.


i. Pelajar


- Adakah pelajar suka dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif?

- Adakah pelajar suka apabila guru menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan?
- Adakah pelajar suka apabila guru tidak menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan?
- Adakah pelajar suka apabila guru sering menyoal dan menanyakan soalan semasa aktiviti pembelajaran?
- Adakah pelajar suka apabila guru membuat aktiviti di luar persekitaran bilik darjah?
- Adakah pelajar suka dengan teknik pengajaran yang diberikan guru?
- Adakah pelajar suka apabila guru memberi kerja rumah selepas tamat sesi persekolahan?
- Adakah pelajar suka dengan cara guru berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas?
- Adakah pelajar suka apabila guru tidak masuk ke dalam kelas?
- Adakah pelajar suka apabila guru menggunakan kaedah bercerita dan kaedah demonstrasi di dalam kelas?



ii. Guru


- Adakah guru berperanan menangani perasaan pelajar?

- Adakah guru perlu memberikan pujian dan galakkan kepada pelajar?
- Adakah guru digalakkan menggunakan idea-idea daripada pelajar?
- Adakah guru perlu bertanya soalan kepada pelajar?
- Adakah guru perlu menjelaskan jawaban dan memberikan maklumat apabila pelajar bertanya?
- Adakah guru perlu memberikan arahan kepada pelajar?
- Adakah pelajar digalakkan memberi tindak balas yang khusus?
- Adakah pelajar digalakkan memberi tindak balas secara terbuka?
-  Adakah pelajar senyap apabila disoal?
- Adakah pelajar digalakkan membuat pembentangan di dalam kelas?



3) Mengetahui tentang kaedah mengurus pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik  pembelajaran yang positif.


i. Pelajar 


-  Adakah pelajar gembira dengan keadaan bilik darjah pada masa

sekarang?
- Adakah pelajar gembira dengan susun atur meja dan kerusi di dalam 
bilik darjah ini?
- Adakah pelajar gembira kerana semua kipas di dalam bilik darjah 
berfungsi dengan baik?
- Adakah pelajar gembira dan berpuas hati dengan susun atur meja 
guru dan papan hitam/papan putih di dalam kelas?
- Adakah pelajar gembira kerana semua lampu di dalam bilik darjah 
berfungsi dengan baik?
- Adakah pelajar tidak selesa berada di dalam kelas yang mempunyai
bilangan pelajar yang terlalu ramai?
- Adakah pelajar tidak selesa berada di dalam bilik darjah kerana kebersihan bilik darjah yang tidak terjaga?
- Adakah pelajar tidak selesa belajar di dalam bilik darjah kerana
keadaan meja yang sudah rosak dan merbahaya?
- Adakah pelajar selesa dengan kedudukan tempat duduk di dalam kelas?



ii. Guru

- Adakah bilik darjah dikatakan selesa  jika dilengkapi dengan peredaran udara yang baik dan pancaran cahaya yang mencukupi?
- Adakah saiz bilik darjah yang menampung antara 30 hingga 40 murid  dikatakan bilik pembelajaran yang selesa?
- Adakah pola kedudukan murid akan menentukan interaksi yang berlaku antara seorang murid dengan rakan-rakan sebaya dan guru?
- Adakah guru-guru sentiasa memastikan bahawa kawasan kerja yang mencukupi disediakan bagi murid untuk menjalankan tugas semasa mengadakan aktiviti-aktiviti pembacaan, penggunaan komputer atau dalam penggunaan alat-alat pengajaran?
- Adakah wajar setiap bilik darjah dilengkapi sekurang-kurangnya dengan tingkap dan kipas dinding untuk mewujudkan persekitaran yang selesa dan kondusif?
- Adakah guru-guru perlu merancang perhiasan bilik darjah pada setiap sesi awal persekolahan supaya perhiasan lama di dalam bilik darjah dapat dihiaskan semula?
- Adakah peraturan dan panduan bilik darjah yang digunakan membantu guru mengawal dan mengurus bilik darjah?
- Adakah peraturan-peraturan dalam bilik darjah berfokus kepada aspek menumpukan perhatian, menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain, mengurangkan kebisingan dan penyelesaian semua kerja rumah dan tugasan sekolah?


7.0 RUMUSAN


Kesimpulannya, strategi mengurus bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain amatlah penting dalam sesebuah sekolah sama ada sekolah menegah atau sekolah rendah. Perkara ini secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi setiap pelajar untuk sentiasa cerdas dan cergas ketika di dalam sesi pembelajaran. Terdapat banyak unsur yang dapat memberi kesan kepada pelajar melalui strategi menguruskan bilik pembelajara. Walaubagaimanapun, kajian berasaskan sekolah yang berdasarkan 3 objektif kajian yang utama telah tercapai. Oleh itu, semua pihak sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa hendaklah sentiasa bekerjasama dna berganding bahu dalam strategi mengurus bilik pembelajaran yang efektif kepada semua pelajar supaya pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas.


AHLI KUMPULAN 7:





Share



Comments