Posts

Showing posts from October, 2019

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH, MAKMAL, STUDIO DLL)

Image
1.0 ABSTRAK  ABSTRAK KAJIAN STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (MAKMAL, BILIK DARAH, STUDIO DAN LAIN-LAIN DI SMK X, RAWANG Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi menguruskan bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan lain-lain. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik dan soalan temuramah sebagai satu instrumen kajian yang berdasarkan objektif kajian yang meliputi strategi mengurus bilik pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, studio dan sebagainya.  Kajian dijalankan terhadap 30 orang pelajar, 5 orang guru di SMK X, Rawang (menemu bual 2 orang guru pentadbir dan 3 orang guru RBT, makmal dan bengkel melalui soal selidik).   Kajian ini dijalankan berdasarkan 3 objektif kajian yang terpilih.  Objektif pertama adalah mengkaji hubungan antara aspek fizikal di dalam bilik pembelajaran dengan keselesaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC). Analisis dapatan kajian    di SMK X, Rawang menunjukkan bahawa ruang    pembelajaran,    perabot,    pengalir